Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Kanak-kanak lelaki maut, dipercayai didera

IPOH, 14 Okt: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dengan kesan melecur serta cedera di dubur serta dipercayai didera oleh pengasuh yang juga jirannya di Bagan Serai di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, mangsa dihantar oleh ibu bapa pengasuh berkenaan ke Klinik Kesihatan Bagan Serai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, pasangan warga emas itu menyedari mangsa tidak sedarkan dan cedera kira-kira pukul 6 petang sebelum menghantarnya ke Klinik Kesihatan terbabit.

“Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum jasadnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat hari ini.

“Mangsa disahkan maut kerana pendarahan teruk pada kepala akibat dihentak objek tumpul selain kecederaan di seluruh tubuh dan kesan luka melecur dipercayai akibat objek panas.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah pihaknya telah menahan pasangan warga emas terbabit bersama anak lelakinya bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Ambri Mat Nayan di talian 011-1309 2525 bagi membantu siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan