Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bibi Umizah Osman menunjukkan kenyataan media selepas membuat laporan di Balai Polis Satok, Kuching, hari ini. Foto: TVS

Tular tuduhan rasuah, LCDA buat laporan polis

KUCHING, 13 Okt: Satu laporan polis dibuat susulan tuduhan rasuah yang tular di media sosial terhadap pengurusan tertinggi Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LCDA Bibi Umizah Osman berkata kenyataan yang tular sejak 12 Oktober lalu adalah sebagai tuduhan tidak berasas dan mempunyai motif jahat.

“LCDA ingin menyatakan dengan tegas bahawa tuduhan tersebut yang membabitkan pengurusan tertinggi LCDA adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, hari ini.

Beliau menegaskan LCDA sentiasa komited bagi mengekalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat, peraturan kewangan yang ketat dan ketelusan dalam semua operasi harian dan urusan perniagaan kami,”

Menurutnya, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang masih berkongsi dan menyebarkan kenyataan tidak berasas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan