KUALA LUMPUR, 13 Okt: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditambah kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 ringgit kepada bermula tahun depan.
Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.
“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
“Tahun ini, kita telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200 ribu penerima STR sebanyak 100 ringgit sebulan untuk tempoh enam bulan.
“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.
“STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini,” ujarnya. – TVS