Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto ihsan: Alieya Amani (FB)

Semua penumpang bot karam di Kampung Beradek selamat

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 13 Okt: Pelajar sekolah antara kesemua penumpang bot penambang yang dilaporkan karam di Pengkalan Balang, Kampung Beradek, Demak di sini pagi tadi disahkan selamat.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 6 pagi tadi.

“Semasa kejadian, seramai 20 penumpang termasuk 11 pelajar sekolah dan enam buah motosikal menaiki bot penambang terbabit,” katanya.

Ahsmon dalam pada itu turut menegaskan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian.

Difahamkan ketika kejadian, air sungai surut dan bot penambang yang membawa penumpang dari Kampung Beradek, Kampung Semilang dan Kampung Tiang Api telah dimasuki air ketika menghampiri jeti berkenaan untuk berlabuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan