Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Superintendan Parum Niot. Foto: TVS

Penjawat awam di Limbang ditipu sindiket perkhidmatan kurier palsu

LIMBANG, 13 Okt: Seorang penjawat awam kerugian RM918.19 selepas diperdaya sindiket yang menyamar sebagai syarikat perkhidmatan kurier, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, mangsa berusia 30-an telah menerima satu e-mel memaklumkan ada bungkusan yang tidak dapat dihantar kepada mangsa disebabkan alamat tidak lengkap.

Menurutnya mangsa juga diminta mengemas kini butiran yang diperlukan di dalam pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut.

“Mangsa tanpa ragu-ragu telah mendedahkan semua maklumat yang diperlukan berserta maklumat akaun bank bagi membayar caj penghantaran semula bungkusan tersebut kepada sindiket terbabit kerana mempercayai bahawa e-mel tersebut adalah daripada syarikat perkhidmatan kurier yang sah.

“ Setelah maklumat didedahkan, mangsa mendapati berlaku transaksi pengeluaran sebanyak RM918.19 di dalam akaun bank miliknya dan bertindak membuat satu laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Parum menasihati orang ramai agar tidak menekan sebarang pautan yang diterima daripada nombor atau e-mel yang tidak dikenali selain memastikan alamat laman sesawang perbankan berkenaan adalah sahih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan