Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Kanan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr Dzul Hadzwan menggesa kerajaan melaksanakan reformasi cukai negara.

Belanjawan 2024: Reformasikan sistem cukai, rancang secara cermat – Pakar

ByAmirah Shawel

KUCHING, 13 Okt: Kerajaan digesa melaksanakan reformasi terhadap hasil cukai negara bagi mengurangkan kebergantungan pada hutang dan menyusutkan defisit belanjawan.

Pensyarah Kanan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata sistem cukai yang ampuh seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu diperkenal secara terancang.

“Namun sekiranya GST diperkenal semula secara tidak terancang dan cermat, impak akan dirasai oleh rakyat secara terus.

“Melihat kepada negara jiran iaitu Singapura, terdapat usaha untuk meningkatkan kadar GST tetapi dilakukan secara teratur. Maksudnya dalam masa dua hingga tiga tahun nanti akan ditingkatkan sebanyak mana.

“Kita buat secara perlahan supaya rakyat dah pihak swasta cuba membuat perancangan dan menyesuaikan,” katanya dalam program Dialog TVS dengan topik Belanjawan 2024: Apa Rakyat Dapat.

Mengulas lanjut, berbeza dengan GST, cukai perkhidmatan (SST) yang bersandarkan pendapatan bergantung kepada perbelanjaan rakyat dan sekiranya mereka kurang berbelanja, maka hasil cukai juga akan kurang.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar cukai yang diperkenal menitikberatkan nilai kebertanggungjawaban setiap individu.

“Kita mendambakan sektor pendidikan dan servis kesihatan terbaik namun tiada kesanggupan untuk membayar lebih dan ini tidak bertanggungjawab.

“Di sini saya tegaskan betapa perlunya mereformasikan cukai supaya lebih mudah diterima, begitu juga dengan keadaan fiskal,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan