Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati di Majlis Pelancaran Bangunan Kilang Baharu Taiyo Yuden di sini, hari ini.

Belanjawan 2024: Sarawak tuntut peruntukan besar untuk bangunkan infrastruktur padi, 5G

ByArrianne Jo

KUCHING, 12 Okt: Sarawak tuntut peruntukan lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentang esok, tegas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, peruntukan yang lebih besar diperlukan bagi memenuhi keperluan pembangunan infrastruktur dalam beberapa sektor berkepentingan terutama sekali melibatkan pengeluaran beras di negeri ini.

Belanjawan 2024: Sarawak tuntut peruntukan besar | TVS

“Memang kita berkehendakkan banyak peruntukan ke Sarawak. Contohnya mengenai padi, kita memerlukan sistem saliran, pengairan dan banyak lagi. Kalau kita jadi pengeluar beras, bermakna infrastruktur itu mesti ada.

“Kalau Malaysia nak kita (Sarawak) berdikari, kita ada kawasan dan kita dah ada benih baru, jadi anda berikan kami duit untuk membangunkan infrasruktur. Pengeluaran padi memerlukan pengairan dan perparitan yang sudah kita minta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bangunan Kilang Baharu Taiyo Yuden di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, peruntukan itu juga penting untuk membangunkan infrastruktur liputan 5G yang lebih meluas serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negeri.

“Kita sudah mempunyai syarikat telekomunikasi untuk menyediakan rangkaian 5G. Tetapi, apa yang penting sekarang ialah kita perlu meningkatkan kapasiti kita juga.

“Justeru, saya berharap bajet yang akan datang akan menghasilkan peruntukan untuk membantu kita meningkatkan kapasiti,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Abang Johari menyatakan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan serta sektor swasta perlu berganding bahu dalam hal berkaitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan