Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Palestin berkumpul untuk berjaga-jaga di luar pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Beirut pada 11 Oktober 2023, sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza. Foto: AFP

Palang Merah ingin berunding dengan Hamas, Israel bebaskan tawanan

ByAmirah Shawel

Geneva, 12 Okt: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) sedang berhubung dengan Hamas dan Israel bagi mengadakan rundingan untuk membebaskan tawanan yang di bawa ke Gaza.

Pengarah Wilayah ICRC di Timur Tengah, Fabrizio Carboni dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya bersedia untuk melaksanakan lawatan kemanusiaan sebagai perantara neutral.

“Kami bersedia untuk melakukan lawatan kemanusiaan, memudahkan komunikasi antara tawanan dan ahli keluarga dan untuk memudahkan sebarang pembebasan akhirnya,” katanya.

Palang Merah juga menggesa kedua-dua pihak untuk menghentikan sebarang ancaman terhadap orang awam.

Hamas telah menuntut kebebasan untuk semua 5,200 tawanan yang didakwa sebagai penduduk Palestin ditahan di penjara Israel sebagai pertukaran untuk tawanan.

Termasuk telah memberi amaran akan membunuh seorang tebusan setiap kali tentera Israel mengebom sasaran orang awam di Gaza tanpa amaran.

Terdahulu, Israel melakukan ‘kepungan sepenuhnya’ ke atas Semenanjung Gaza dengan memutuskan bekalan air, makanan, elektrik dan bekalan penting lain, selepas Hamas melancarkan serangan dalam tindak balas mengejut pada Sabtu lalu.

-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan