Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Envato

Menyamar pegawai polis, seorang lelaki diberkas di Limbang

LIMBANG, 12 Okt: Padah menyamar sebagai anggota polis, seorang lelaki tempatan diberkas di sini, pada Selasa lepas.

Suspek dari Lingga berusia 29 tahun itu ditahan ketika sedang bercuti di sebuah rumah panjang di kawasan Medamit.

Superintenden Parum Niot. Foto: TVS

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, suspek bukan saja menyamar sebagai pegawai narkotik tetapi turut berbohong berkaitan sebuah program yang akan dihadiri pemimpin di kawasan berkenaan.

“Pegawai polis yang sedang melakukan program High Profile Policing (HPP) di kawasan berkenaan telah bertemu dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai narkotik dan mereka cerita mengenai satu program akan dihadiri pemimpin di rumah panjang itu.

“Sebaik dimaklumkan perkara tersebut oleh suspek, pegawai polis telah membuat persiapan untuk mengatur penugasan anggota untuk melakukan jaga aman di lokasi pada masa tersebut.

“Bagaimanapun kita menerima maklumat program berkenaan tidak wujud. Kita juga mendapati suspek bukan pegawai polis dan ditahan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek katanya ditangkap untuk siasatan dI bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam.

Tambahnya hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk tampil ke balai polis Limbang bagi menyalurkan maklumat atau boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Shafiq Naim Mohd Shafri di talian 085-211466,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan