Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cryptocurrency Tether and Background Graph Statistic
Gambar hiasan. Foto: Envato

Wanita rugi RM1.48 juta ditipu sindiket pelaburan kripto

NIBONG TEBAL, 11 Okt: Seorang juru audit wanita di sebuah syarikat swasta di sini berputih mata setelah kerugian RM1.48 juta akibat ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, mangsa berusia 43 tahun itu mula terjerat dengan penipuan berkenaan selepas dia tertarik terhadap satu iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York menerusi aplikasi Facebook pada 2 Mei lalu.

Menurutnya, wanita itu kemudiannya menekan pautan laman web yang terdapat pada iklan bagi mendapatkan penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

“Pengadu (mangsa) yang berminat menyertai pelaburan kemudiannya membuat beberapa transaksi pindahan wang sebanyak RM1,486,750 ke dalam beberapa akaun yang diberikan sindiket.

“Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan keuntungan beserta modal yang dilaburkan, bahkan secara berterusan dipaksa menambah wang pelaburan sebelum membuat laporan polis pada 9 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan