Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro Safiee Ahmad mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Majlis Perasmian dan Pelancaran Komuniti Cashless anjuran Agrobank di Daro hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Rakyat di luar bandar Sarawak terima baik transaksi tanpa tunai

BySalasiah Safian

DARO, 11 Okt: Program Komuniti Cashless Agrobank di Daro diterima baik oleh penduduk setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.

Menurut beliau, ia menunjukkan masyarakat di kawasan luar bandar menerima baik inisiatif berkenaan.

Penduduk luar bandar manfaatkan transaksi tanpa tunai | TVS

“Ini merupakan satu program yang cukup baik, kita lihat memang tiba masanya dengan sekarang ini kita lihat bahawa apa yang kita panggil sebagai Ekonomi Digital ini merupakan satu perkara yang satu kepastian dalam kehidupan kita.

“Menggalakkan khususnya masyarakat kita, dan termasuk peniaga-peniaga untuk mereka untuk melaksanakan transaksi apa yang dipanggil sebagai cashless, menggunakan QR Pay ataupun Duitnow,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Pelancaran Komuniti Cashless bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini hari ini.

Tambah beliau, inisiatif itu juga membantu menyelesaikan masalah kesesakan di mesin ATM yang terdapat di Daro selain menjimatkan masa.

Perkara ini juga katanya akan memudahkan penduduk sekitar khususnya para peniaga mengemaskini mereka.

“Dengan penggunaan ini juga kalau peniaga, ia boleh membantu peniaga terutamanya untuk mengemaskini rekod perniagaan mereka kerana semua transaksi yang berlaku boleh dilaksanakan secara atas talian.

“Ia semua direkod dan ini memudahkan mereka khususnya peniaga untuk mengetahui transaksi sama ada di akhir harinya ataupun di akhir bulannya, mereka dapat melihat transaksi yang berlaku sepanjang tempoh itu,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, untuk memudahkan lagi pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan giat meningkatkan lagi capaian internet di kawasan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan