Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak, Safiee Ahmad menyampaikan cenderamata kepada peserta Program Integrasi Belia Sarawak, Johor, dan Sabah 1.0- Youth Leader Talk With SABERKAS Negeri Sarawak. Foto: TVS.

SABERKAS platform tepat lahir modal insan cemerlang, pemimpin masa depan

KUCHING, 11 Okt: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) menjadi platform tepat dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang dan pemimpin masa depan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri.

Setiausaha Agung SABERKAS Negeri Sarawak, Safiee Ahmad berkata, ramai belia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan terbaik telah dilahirkan melalui SABERKAS sepanjang 50 tahun ia ditubuhkan dan masih kekal relevan sehingga hari ini.

Ujar Safiee, antara metodologi yang digunakan oleh SABERKAS dalam menghasilkan pemimpin yang berkualiti adalah menerusi Program Mentor dan Mentee.

“Sebab itu konteks kita di Sarawak, belia kita adalah dibawah 40 maksudnya belum sampai 40 tetapi dalam pertubuhan SABERKAS kita ia ada kuota dilaksanakan dipanggil 70:30.

“70 ikut perlembagaan kita mestilah belia yang berumur 40 dan 30 lagi adalah yang melebihi 40 tahun. Jadi tujuannya adalah dalam kita melihat melaksanakan sesuatu untuk kita membangunkan golongam belia ini ia memerlukan satu pendekatan iaitu ia memerlukan mentor dan mentee.

“Jadi dalam 30 itu kita adalah sebagai rujukan dan juga pembimbing dan bila tiba masa nya nanti mereka akan mengambil alih.

“Jadi pendekatan ini kita akan dapati begitu berkesan dalam konteks Sarawak sebab seperti saya katakan tadi senario negeri kita keperluannya tidak sama dengan negeri-negeri yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika menghadiri Program Intergrasi Belia Sarawak, Johor, dan Sabah 1.0- Youth Leader Talk With SABERKAS Negeri Sarawak di Tanjung Datu Room, Hock Lee Hotel, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, Kuching, pada Selasa.

Dalam pada masa yang sama, beliau menyeru agar golongan belia dan beliawanis menunjukkan bakat masing-masing untuk dicalonkan nama serta diberi pendedahan awal sebagai pemimpin.

“Inilah peluang terbaik yang saya lihat bukan sahaja dalam konteks Sarawak, belia yang ada perlu mengambil peluang yang terbuka luas ini untuk melibatkan diri supaya kita dapat mempelajari sesuatu khususnya membangunkan diri kita.

“Sebagai belia seperti mana yang disebutkan pepatah ketika majlis perasmian tadi yang begitu popular sekali memang benar bahawa kalau nak lihat bagaimana keadaan negara kita suatu hari nanti tengoklah belia yang ada pada hari ini,” ujarnya.

Setakat ini, SABERKAS sudah mempunyai 81 Cawangan rasmi dengan mempunyai jumlah keahlian seramai 54,400 ahli secara keseluruhan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan