Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak Ibu Pejabat Kementerian Luar Indonesia terus memberikan kemas kini tentang apa yang berlaku di Semenanjung Gaza, termasuklah usaha memindahkan rakyatnya disana. Foto: David Andreas (TVS).

Indonesia rancang pindahkan rakyat dari wilayah konflik Semenanjung Gaza

JAKARTA, 10 Okt: Kerajaan Indonesia telah menyediakan pelan kecemasan untuk pemindahan rakyatnya dari Semenanjung Gaza dan kawasan terjejas menerusi beberapa kaedah.

Pada masa ini, melalui Kedutaan Besar Indonesia di Amman, Beirut dan Kaherah sedang berkoordinasi dengan pelbagai pihak untuk memindahkan 45 warga Indonesia di kawasan itu terutama 10 warganya di Semenanjung Gaza.

Arahan berhubung perlindungan warga Indonesia juga telah disampaikan Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi memastikan keselamatan rakyatnya di kawasan konflik melalui Kementerian Luar.

Selain itu menurut Jurucakap kementerian, Lalu Muhamad Iqbal, Menterinya Retno Marsudi telah berkomunikasi dengan Presiden Palang Merah Antarabangsa di Geneva, Mirjana Spoljaric ketika ini bagi meminta sokongan untuk pemindahan dari Semenanjung Gaza.

“Tumpuan ketika ini adalah kepada situasi kemanusiaan, khususnya usaha untuk menghentikan peningkatan keganasan dan mencegah lebih banyak korban dalam kalangan orang awam termasuklah warganegara Indonesia disana,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Selain itu, Indonesia turutmengingatkan agar rakyat Indonesia yang berhasrat melakukan perjalanan ke wilayah Palestin dan Israel untuk menangguhkan rancangan mereka.

Kementerian juga amat menggalakkan semua rakyat Indonesia yang berada di kedua-dua wilayah itu untuk segera meninggalkan kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.

Sehingga kini, Indonesia masih berhubung dengan beberapa negara dan organisasi antarabangsa untuk menghentikan keganasan pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas yang telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Kerajaan Indonesia akan melakukan segala usaha yang mungkin dilakukan dan melalui pelbagai saluran untuk memberikan perlindungan kepada warga Indonesia dan menghentikan keganasan secepat mungkin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan