Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dan ahli SUPP meraikan kehadiran dua Setiausaha Politik Premier di Bintangor, semalam. Foto: UKAS.

SUPP Bintangor susun strategi lebih ramai orang muda sertai parti – Ding

BINTANGOR, 10 Okt: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang menyusun strategi agar lebih ramai golongan muda menyertai gerakan parti berkenaan sebagai usaha melahirkan barisan pemimpin pelapis selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, strategi baharu perlu dilaksanakan dalam usaha mendekati kumpulan berkenaan.

Katanya, pengambilan ahli baharu juga harus diteruskan agar ramai lagi belia akan menyertai seterusnya memahami perjuangan parti SUPP.

“Melalui pendekatan ini, kita juga berpeluang melahirkan lebih ramai lagi golongan muda sebagai pemimpin pada masa akan datang,” katanya.

Pengerusi SUPP Bintangor itu berkata demikian selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Niponi Undek dan Kho Teck Wan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kuong Hiing juga mahu semua ahli terus bersatu hati untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di daerah Meradong.

Beliau berkata, kesepakatan dalam kalangan ahli parti merupakan tunjang utama dalam memastikan kestabilan, kemajuan ekonomi dan kemakmuran untuk rakyat.

“Sehubungan itu, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua setiausaha politik kerana meluangkan masa untuk berkongsi maklumat dan sambil berkenalan bersama ahli-ahli SUPP cawangan Bintangor,” ujarnya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Parti SUPP cawangan Bintangor, Chieng Born Ong, Setiausaha Parti SUPP Bintangor, Lau Sie Hing, Bendahari Parti SUPP cawangan Bintangor, Kaunselor Lee Ngin Soon, Ketua wanita Parti SUPP cawangan Bintangor, Kaunselor Chieng Ming Kiong dan Ketua Pemuda Parti SUPP cawangan Bintangor , Ley Chee Hua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan