Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa-mangsa dipaksa untuk membuat panggilan kepada syarikat di Malaysia dan Taiwan untuk menuntut wang sambil menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai undang-undang. Foto: Peruvian Ministry of Interior/AFP.

Rakyat Malaysia, Taiwan diselamatkan polis Peru

LIMA (Peru), 10 Okt: Polis Peru menyelamatkan 44 orang dari Asia, hampir kesemuanya dari Malaysia yang ditangkap oleh kumpulan penjenayah Taiwan untuk dieksploitasi dalam skim peras ugut di negara Amerika Selatan itu.

Seramai 43 orang yang diselamatkan adalah dari Malaysia, dan seorang dari Taiwan.

Ketua Unit Siasatan Penyeludupan, Jeneral Carlos Malaver berkata, mangsa dipaksa untuk membuat panggilan kepada syarikat di Malaysia dan Taiwan untuk menuntut wang sambil menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai undang-undang.

Mereka dilaporkan bekerja hanya pada waktu malam dan hidup dalam keadaan tidak kondusif serta hanya diberi makan sekali sehari.

Susulan itu, enam warga Taiwan dan dua warga Peru telah ditangkap.

Kesemua mangsa datang ke Peru pada bulan September, terpedaya dengan tawaran bekerja di kasino Lima.

Berdasarkan siasatan, mangsa memberitahu mereka dibawa ke Amsterdam dan kemudian ke Peru.

Setibanya di sana, anggota kumpulan jenayah Taiwan dikenali sebagai Naga Merah mengambil pasport mereka dan memutuskan mereka daripada berkomunikasi dengan saudara-mara, kata polis.

Operasi polis dilakukan selepas dua wanita berjaya melarikan diri dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Polis merampas lebih AS$10,000, berpuluh-puluh telefon bimbit dan kad bank dari premis di mana semua warga asing itu ditahan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan