Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden PBB, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata cadangan tambahan kerusi Parlimen di Sarawak bersangkut-paut dengan tuntutan dalam perbincangan bersama Kerajaan Pusat mengenai Perjanjian Malaysia (MA63). Foto: TVS

Usul tambahan kerusi Parlimen jamin hak Sabah, Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 Okt: Usul cadangan penambahan kerusi Parlimen di Sarawak akan menjamin kesejahteraan hak Sabah dan Sarawak.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, cadangan itu juga bersangkut-paut dengan tuntutan dalam perbincangan bersama Kerajaan Pusat mengenai Perjanjian Malaysia (MA63).

Usul tambahan kerusi Parlimen jamin hak Sabah, Sarawak | TVS

“Adalah penting untuk kita menjaga dan menjamin hak Sabah dan Sarawak kerana sekiranya kita hendak meminda Perlembagaan Malaysia, banyak artikel atau perkara yang memerlukan sokongan dua pertiga (dalam Parlimen).

“Seandainya Semenanjung Malaysia mendapat sokongan dua pertiga, bermakna mereka boleh bulldoze (melanggar) sesuatu perundangan,” kata Abdul Karim kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Karim, yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menjelaskan semasa penubuhan Malaysia pada 1963, jumlah kerusi yang dipegang oleh Sabah, Sarawak dan Singapura mewakili 33 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi Parlimen pada waktu itu.

“Selepas Singapura keluar dari Malaysia, jumlah kerusi yang dipegang oleh Singapura telah diambil oleh Semenanjung Malaysia. Hal ini menyebabkan Sabah dan Sarawak memiliki kurang daripada 30 peratus kerusi di Parlimen.

“Oleh itu, kami ingin mengekalkan jumlah kerusi itu sekitar 33 peratus, sebagaimana yang dipersetujui oleh pemimpin kita yang dahulu,” tambahnya.

Terdahulu, Pengerusi PBB dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu bahawa satu jawatankuasa khas dalam PBB akan ditubuhkan untuk meneliti cadangan untuk mewujudkan beberapa kawasan Parlimen baharu selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ujarnya, Kerajaan Sarawak akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas penilitian dibuat bagi tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan