Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol. Foto: TVS

Unit komunikasi korporat setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu lebih proaktif

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Okt: Unit komunikasi korporat di setiap agensi dan kementerian perlu mengukuhkan peranan dan fungsi dalam menyebarkan maklumat pembangunan dan dasar kepada masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata isu yang dekat dengan masyarakat perlu diberi maklum balas.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sering mengingatkan Ahli Kabinet, wakil rakyat dan agensi-agensi kerajaan agar sentiasa peka dengan aduan atau kemusykilan yang dibangkit oleh masyarakat, jika perlu, harus memberi penjelasan atau tindakan sewajarnya,” katanya berucap pada program Making Connections 2023: UKAS X PROS di sini pada Isnin.

Jelasnya, Premier mahu masyarakat dimaklumkan atau didedahkan dengan sebanyak mungkin maklumat penting dan sahih tentang halatuju agenda atau perancangan pembangunan dan ekonomi negeri bagi mengelak kekeliruan atau persepsi yang salah.

Beliau turut mengambil contoh apabila Belanjawan Negeri atau Persekutuan dibentangkan kelak. Menurut beliau, masyarakat harus dikongsi maklumat-maklumat penting terutama berkaitan kebajikan dengan kaedah penyebaran mudah difahami.

Dalam pada itu, Abdullah menyarankan agar setiap unit komunikasi korporat di setiap kementerian dan agensi kerajaan diberi peruntukan mencukupi bagi membiayai program libat urus awam secara mikro terutama di luar bandar agar perancangan dan perlaksanaan pelbagai agenda pembangunan dan ekonomi kerajaan didedah dan difahami masyarakat secara am.

Beliau menggalakkan siri libat urus atau dialog dengan perwakilan kepimpinan institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan belia agar kepimpinanan muda ini bukan sekadar berkongsi maklumat tentang agenda serta hala tuju kerajaan tetapi juga mendapat maklum balas, pandangan dan cadangan mereka yang konstruktif.

Menurutnya lagi, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bersedia dan harus bekerjasama dengan setiap unit komunikasi korporat di setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi memastikan jurang pemahaman tentang pelbagai maklumat antara masyarakat dan kerajaan dapat dirapatkan.

Jelasnya, jika ada keperluan, UKAS akan mengadakan lagi beberapa siri perjumpaan dan seminar dengan semua pegawai-pegawai media dan unit komunikasi korporat semua kementerian dan agensi kerajaan dalam usaha memantap tatacara dan budaya kerja.

“Pengurusan persepsi bukanlah tugas mudah tetapi jika dilakukan dengan kaedah yang betul dan sistematik, kerjasama yang produktif dan konstruktif mampu dihasilkan antara masyarakat, terutama kepimpinan akar umbi dengan kepimpinan kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdullah turut memberi perhargaan kepada semua warga media yang sentiasa memberi kerjasama dalam penyebaran pelbagai maklumat dan peristiwa terutama tentang aktiviti kerajaan dan isu masyarakat yang perlu diberi perhatian dan tindakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan