Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Majlis Keselamatan PBB perlu menggesa semua pihak untuk menghentikan keganasan. Foto: TVS

PBB perlu gesa semua pihak hentikan keganasan -TPM

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 9 Okt : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  perlu menggesa semua pihak menghentikan keganasan demi melindungi nyawa orang awam, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Malaysia tidak terlepas daripada memberi fokus kepada konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel dengan pendirian lantang dan tegas Malaysia telah kerap kali dinyatakan secara jelas di setiap lapangan.

“Ini termasuk menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk menekan rejim Israel menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

“Tindakan provokasi melampau seperti pencerobohan Masjid al-Aqsa semasa umat Islam mahupun Kristian sedang mengerjakan ibadah masing-masing. Sikap Israel jelas membuktikan bahawa bertindak menyerang sesuka hati tanpa mengira kesucian agama lain,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, Malaysia kekal berpendirian mengembalikan hak mutlak Palestin dan bebas daripada pendudukan haram Israel dan mengembalikan tanah yang dirampas oleh Israel.

“Kita perlu memastikan hak untuk membentuk Palestin sebuah negara yang merdeka dan berdaulat Baitulmaqdis timur sebagai ibu negara mesti diperjuangkan oleh negara dan rakyat malaysia,” tambahnya.

Malaysia turut menyertai negara lain dalam kenyataan bertulis dan dihantar ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 25 Julai tahun ini.

Ujarnya, sebagai negara yang bertunjang kepada prinsip-prinsip kemanusiaan sudah pasti Malaysia tidak menyokong apa jua gerakan dan juga tindakan yang kesannya menyebabkan kehilangan nyawa khususnya orang awam yang tidak bersalah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan