Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin. Foto: David Andreas (TVS)

Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.

“Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban,” kata beliau menerusi ciapan di laman sosial X hari ini.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

Ciapan itu turut disertakan dengan kenyataan Wisma Putra yang menyaksikan Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung peningkatan pertempuran di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

Kenyataan itu turut menekankan keperluan menghentikan segala kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan yang berlaku.

Setakat ini, lebih 250 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan