Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia adalah hasil jualan produk petroleum sejak cukai itu diperkenalkan pada 2019. Foto UKAS.

PBB tubuh jawatankuasa kaji tambah 12 kerusi parlimen di Sarawak

BySalasiah Safian

BETONG, 8 Okt: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mewujudkan sebuah jawatankuasa dalaman untuk mengkaji penambahan 12 kerusi parlimen di Sarawak.

Yang di-Pertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian penambahan kerusi itu akan dibuat secara menyeluruh di seluruh Sarawak dan bukan hanya di Betong sahaja.

“(Namun) keputusan (akhir tambahan kerusi parlimen di Sarawak) masih terletak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

“(Kajian Sarawak untuk tambah kerusi parlimen) selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas PBB Sarawak Zon Betong, di sini hari ini. 

Turut hadir, dua Timbalan Yang di-Pertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Terdahulu, Naib Yang di- Pertua PBB, Datuk Julaihi Narawi mencadangkan penambahan 12 usul kerusi parlimen di Sarawak dengan tiga daripadanya di Betong.

“Kami ahli-ahli PBB Zon Betong ingin mengusulkan supaya bilangan kawasan pilihan raya parlimen di Sarawak ditambah selaras dengan hasrat untuk membolehkan Sarawak dan Sabah mempunyai satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kawasan parlimen di Malaysia,” katanya.

Sementara itu Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, pihaknya juga meneliti mengenai dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat kerana perkara tersebut terdapat di dalam pengenalan Suruhanjaya Cobbold.

“Ada seorang penganalisis menyebut, (perkara itu) tidak ada dalam Perlembagaan atau dokumen, tetapi Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) ada.

“Dia tidak menyebut dua pertiga tetapi disebut suara kita diambil kira di Parlimen. Jadi saya rasa analysts itu tidak membaca Suruhanjaya Cobbold,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan