Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Media tempatan melaporkan terdapat kira-kira 25,000 warga Thailand di Israel manakala Kementerian Luar berkata pada masa ini terdapat kira-kira 5,000 warga Thailand menetap di kawasan Semenanjung Gaza. Foto AFP.

PM Thailand arah pindah segera rakyatnya dari Israel

ByBernama

BANGKOK, 8 Okt: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan pemindahan segera warga Thailand dari Israel berikutan peningkatan serangan bersenjata antara tentera Israel dan Hamas.

Srettha berkata beliau telah mengarahkan Tentera Udara Diraja menyediakan pesawat Airbus A340 dan C-130 untuk menjalankan operasi itu.

“Ketua Udara Marshal Phanpakdee Pattanakul, Komander Tentera Udara Diraja, telah mengesahkan perkara itu dan bersedia untuk mengambil tindakan.

“Tentera dan pasukan perubatan kecemasan sedang bersiap sedia. Saya mahu semua rakyat Thailand pulang dengan selamat,” tulisnya di X, sambil menambah beliau mengikuti situasi itu dengan rapat dengan Kementerian Luar.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Israel. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

Perdana Menteri juga menyuarakan kebimbangan mengenai laporan dua atau lebih pekerja Thailand telah diculik.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

“Kami sedang mengesahkan maklumat itu dengan pihak berkuasa Israel,” katanya.

Media tempatan melaporkan terdapat kira-kira 25,000 warga Thailand di Israel manakala Kementerian Luar berkata pada masa ini terdapat kira-kira 5,000 warga Thailand menetap di kawasan Semenanjung Gaza.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata pada masa ini, pihak berkuasa Israel tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut.

“Kami akan mengesahkannya sebaik sahaja mereka mampu. Kerajaan Diraja Thailand memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan Kedutaan Diraja Thailand untuk memantau perkembangan secara aktif dalam keadaan segera,” katanya.

Kanchana berkata akan ada satu mesyuarat Pusat Penyelarasan Kecemasan, melibatkan semua agensi Thailand yang berkaitan di Jabatan Hal Ehwal Konsular, Kementerian Luar hari ini.

Kanchana menambah bahawa seorang warga Thailand yang bekerja di Moshav Mivtahim, Israel, telah ditembak di kaki.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

Beliau berkata Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv, Israel sedang berhubung dengan warga Thailand itu untuk memberikan bantuan perubatan dalam talian daripada doktor.

“MFA akan terus memantau perkembangan semasa dan akan menyediakan kemas kini secara berkala. Rakyat Thailand yang terjejas oleh situasi itu harus menghubungi Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv dan Bahagian Perlindungan Warganegara Thai di Luar Negara, Jabatan Hal Ehwal Konsular,” katanya.

Kanchana berkata Kedutaan Diraja Thailand telah mengeluarkan amaran untuk warga Thailand yang menetap di Israel dan mengedarkan klip video mengenai prosedur berkaitan yang perlu diikuti apabila mendengar siren serangan udara.

Menurut media antarabangsa sekurang-kurangnya 550 orang awam dari kedua-dua pihak terbunuh manakala lebih 3,000 yang lain cedera dalam serangan balas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan