Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa masyarakat antarabangsa memberi sokongan kepada rakyat Palestin untuk dapatkan hak kembali ke tanah air mereka. Foto Facebok Mohamad Sabu.

Mohamad minta beri sokongan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Okt: Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa masyarakat antarabangsa memberi sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air mereka.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu berkata, apa sahaja jalan yang dipilih oleh rakyat Palestin berpunca daripada tanah air dan harta benda mereka dirampas secara haram oleh rejim Israel.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Pertahanan dan Keterjaminan Makanan berkata, dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu-isu lain termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang-pejuang Palestin tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan ini.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

“Hal ini kerana semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 2334 pada 2016, Israel melanggar undang-undang antarabangsa apabila membuka 293 petempatan haram dengan merampas tanah milik rakyat Palestin dengan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap negara tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Konflik terbaharu di wilayah itu yang bermula pagi semalam menyaksikan 300 orang terbunuh di Israel dengan lebih 1,500 cedera akibat serangan Hamas.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

Pada masa sama, serangan udara Israel di Gaza menyebabkan lebih daripada 250 kematian dan lebih daripada 1,700 penduduk Palestin cedera, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sementara itu Mohamad berkata, masyarakat antarabangsa juga perlu lebih tegas mendesak dan menghalang Israel meluaskan penempatan haram mereka.

Indonesia gesa peperangan antara Palestin dan Israel dihentikan serta-merta

“Tindakan Israel selama ini melampau apabila merampas tanah-tanah rakyat Palestin dengan meroboh rumah-rumah dan mencederakan serta membunuh penduduk yang cuba mempertahankan harta benda mereka.

“Tindakan ini diakui oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang mendakwa sekurang-kurangnya 700,000 petempatan haram telah dibina Israel di Tebing Barat dan Jurusalam Timur,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan