Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sufian (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Sulaiman, disaksikan tetamu lain. Foto: TVS

MDL kenal pasti 18 produk pelancongan menarik dibangunkan di Limbang – Sufian

LIMBANG, 8 Okt: Majlis Daerah Limbang (MDL) sudah mengenal pasti 18 produk pelancongan menarik yang berpotensi untuk dimajukan di Limbang.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, inisiatif lebih agresif akan dijalankan bersama pengusaha produk pelancongan sama ada di peringkat kampung dan bandar untuk mempromosikan lagi kawasan berkenaan yang mampu menarik kemasukan pengunjung luar.

“Kita telah mengenal pasti 18 produk pelancongan yang ada di daerah Limbang di bawah MDL dan di bawah kampung-kampung ataupun kawasan-kawasan yang memang kita kenal pasti.

“Pada Pesta Hari Bukit Mas tahun ini kita membuat penyemakan dan mendapati lima dariapda 18 itu telahpun kita beri plak sebagai tanda kawasan ini diisytiharkan oleh MDL sebagai pusat pelancongan yang ada di daerah Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas Majlis Penangguhan Hari Bukit Mas 2023 Di Taman Tasik Mas, Limbang hari ini.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, Timbalan Wali Kota MDL yang juga Pengerusi Pengelola Hari Bukit Mas 2023, Adison Langgar Injan.

Antara produk pelancongan yang ada termasuk keindahan dan keunikan Jeti Santaba Kampung Patiambun Limbang, Lumpur Bebuak Kampung Meritam, keindahan pemandangan di Persatuan Buddha Limbang dan inap desa di Kampung Bisaya yang berpotensi untuk dimajukan.

“Jadi di peringkat MDL pada ketika ini akan membantu untuk mempastikan operator ataupun pengusaha ini untuk menjana idea bagi mempastikan kawasan itu dipromosi bersama dengan majlis dan dibangunkan dengan cadangan melalui jawatankuasa mereka sendiri.

“Paling penting bagi kami sekarang ini adalah bantuan yang disalurkan kepada MDL melalui kementerian-kementerian tertentu terutama sekali Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak dan juga persekutuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan