Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan pembukaan rasmi bilik pameran Continenal Cycles di Kuching hari ini. Foto:TVS

Continental Cycles mahu jadi penyedia motosikal klasik di Sarawak, penuhi trend semasa

KUCHING, 8 Okt: Continental Cycles mahu menjadi antara penyedia motosikal klasik di Sarawak yang kini dilihat menjadi trend semasa dengan reka bentuk menarik, retro dan elegan menjadikan ia sebagai pilihan utama peminat motosikal klasik untuk memilikinya.

Pengarah Continental Cycles, Rewi Hamid Bugo berkata, tampil dengan pelbagai jenama antarabangsa, pihaknya bertekad memenuhi minat penggemar motosikal klasik

“Kita mahu memulakan perjalanan kenderaan dua roda di Sarawak bermula di Kuching, aspirasi kita adalah untuk mengembangkan pasaran kenderaan dua roda dengan jenama popular seperti Vespa, Royal Enfield, Aprilia dan akan datang Triump dengan sokongan padu dari rakan strategik kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan bilik pameran Continenal Cycles di sini, hari ini.

Katanya, sempena pembukaan itu ia turut melibatkan penyertaan 100 pemilik Vespa, Royal Enfield di bandar raya ini.

“Program berjaya menghimpunkan penggemar motosikal klasik yang kemudiannya memulakan perjalanan sebagai simbolik perasmian premis berkenaan,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found