Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wiggle Waggle Walk bakal berlangsung 14 Oktober ini. Foto: Facebook SSPCA

SSPCA anjur Wiggle Waggle Walk 14 Oktober ini

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Okt: Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) akan menganjurkan Wiggle Waggle Walk bertempat di Hokkien Garden Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, pada 14 Oktober ini.

SSPCA dalam kenyataannya berkata, acara yang diadakan mulai jam 8 hingga 9 pagi itu akan menghimpunkan haiwan peliharaan iaitu kuching dan anjing sempena Hari Haiwan Sedunia.

Ia merupakan penghargaan kepada pencinta haiwan yang menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada haiwan peliharaan mereka.

“Setiap haiwan peliharaan yang berdaftar akan menerima beg najis percuma yang tersedia sementara stok masih ada.

“Kami percaya dalam memastikan komuniti kami bersih dan hijau, dan gerak isyarat kecil ini sangat membantu dalam memastikan persekitaran mesra haiwan kesayangan untuk semua,” katanya.

Ujarnya, pendaftran bakal bermula pada 7 pagi di laman web tertera sekali gus ini bakal mengadakan Inter Faith Pet Blessing.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web https://www.facebook.com/SarawakSPCA atau https://forms.gle/2VEvD6misJi9rbJNA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan