Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata pihaknya mendapati terdapat penyalahgunaan identiti yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan yang melibatkan wang ringgit.Foto hiasan, Envanto.

Ahli perniagaan rugi RM534,500 jadi mangsa ‘Phone Scam’

BUKIT MERTAJAM, 6 Okt: Seorag ahli perniagaan di sini berputih mata apabila wang miliknya lebih setengah juta ringgit lesap dipercayai selepas ditipu sindiket Phone Scam.

Mangsa berusia 50-an dikatakan mula terperangkap dalam penipuan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu kononnya dari syarikat Pos Malaysia baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner (ACP) Tan Cheng San berkata, mangsa dimaklumkan bahawa terdapat satu bungkusan atas nama mangsa yang tidak dituntut.

Menurutnya, suspek mendakwa bungkusan itu mengandungi barangan salah iaitu kad pengenalan dan kad mesin pengeluran wang automatik (ATM)

“Selepas itu, pengadu (mangsa) terima satu panggilan daripada individu menyamar anggota polis dari IPK Kangar, Perlis untuk mengambil laporan berkenaan ada individu lain menggunakan maklumatnya untuk menghantar barang salah.

“Kemudian dia dihubungi suspek ketiga menyamar pegawai polis yang memaklumkan bahawa pengadu terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, suspek turut meminta mangsa melapor diri setiap empat jam kepadanya selain disuruh memuat turun aplikasi BNM dan membuka akaun baharu.

“Dia kemudiannya diarahkan memasukkan maklumat akaun bank baharu di dalam aplikasi itu dan perlu pindahkan wang berjumlah RM466,500 bagi tujuan siasatan.

“Pengadu juga diarahkan agar tidak ‘menyentuh’ akaun dan wang dalam aplikasi itu selama tiga bulan selain disuruh membuat tiga kali pindahan wang ke dalam dua akaun sebanyak RM68,000,” katanya lagi.

Cheng San menambah, mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas dia membuat semakan di dalam akaun banknya dan mendapati wang berjumlah RM534,500 telah dipindahkan ke dalam beberapa akuan lain.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan