Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPV Luar Bandar Disambut Baik

ByEekbal Yusuf

SARIKEI: Datang lebih awal dan ada yang menaiki perahu ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Itulah yang dapat digambarkan dengan keterujaan penduduk pedalaman di kawasan Tanjung Manis dan Kuala Rajang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Malah sambutan luar biasa penduduk terhadap program secara bergerak itu membuktikan keberkesanan kaedah ‘walk in’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Manis Ir Yusuf Abd Wahab, sambutan di kawasannya sangat menggalakkan sehinggakan dos vaksin habis hanya menjelang petang.

“Melihat kepada sambutan yang diberikan oleh orang kampung dan orang rumah panjang, mereka datang seawal pagi, sebab mereka sangat teruja untuk menerima vaksin ini.

“Kadang-kadang sebelah petang sudah habis sudah, sebagai contohnya di PPV Kesihatan Klinik Tanjung Manis, setengah hari sahaja, 200 dos sudah kehabisan.

“Jadi, ini bermakna sambutan daripada warga penduduk tempatan begitu mengalakkan, mereka memang menerima dan menunggu untuk di vaksin,” katanya.

Jelasnya lagi, langkah proaktif seperti ‘walk in’ diambil kerana kerajaan sarawak sedar masalah yang dihadapi penduduk kampung untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, Pejabat Residen mahupun Daerah.

Dalam pada itu, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin khususnya di kawasan yang tidak boleh diakses melalui jalan raya.

Malah kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang itu, kerjasama padu semua pihak termasuk agensi yang berkaitan membolehkan program vaksinasi bergerak itu berjalan lancar.

“Jadi, dari segi pencapaian pada masa ini, ia memuaskan kerana adanya kerjasama daripada Jabatan Kesihatan, Pejabat Residen, pihak Polis, dan pihak Rela.

“Di Sarikei, kita mempunyai 29 PPV, dan dalam 29 PPV ini, kita mempunyai empat kawasan yang sukar untuk dilalui melalui sungai dan sebagainya, tetapi kita akan menggunakan kaedah helikopter, untuk menghantar vaksin-vaksin ke tempat ini,” ujarnya.
 
Setakat ini, lebih 600 penduduk Muara Payang dan Semareng telahpun mendapat suntikan vaksin.

Kesemua mereka adalah penduduk dari 11 buah rumah panjang yang berhampiran.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan