Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Penutupan  Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT|IDECS) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto: Teo (TVS)

Sarawak destinasi popular pelaburan di Malaysia – Awang Tengah

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 6 Okt: Dasar mesra perniagaan dan pelaburan menjadikan Sarawak sebagai destinasi popular untuk pelaburan di Malaysia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan optimis dasar yang dipraktikkan Kerajaan Sarawak itu terbukti berjaya meyakinkan para pelabur untuk melakukan pelaburan.

“Sarawak yang terletak di lokasi strategik, menawarkan banyak kelebihan perbandingan untuk perniagaan berkembang dan maju seperti ketersediaan tenaga boleh diperbaharui hijau, kumpulan tenaga kerja berbakat yang boleh dilatih dan mudah alih.

“Ia turut merangkumi peluang dalam sektor baharu termasuk pengeluaran hidrogen, penangkapan dan penyimpanan karbon dan penghasilan bahan api penerbangan mampan daripada mikroalga,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan  Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT|IDECS) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata, Sarawak sentiasa mengalu-alukan semua pelaburan dan kerjasama dalam enam sektor utama, iaitu pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan yang boleh mencipta manfaat untuk semua.

Selain itu, Sarawak juga telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk pelaburan yang besar dalam infrastruktur digital termaju, penanaman ekosistem permulaan yang berkembang maju, serta kemahiran semula dan pengayaan yang proaktif untuk tenaga kerja.

“Adalah menjadi cita-cita kita untuk Sarawak menjadi pintu masuk bagi pemain antarabangsa yang melihat ke arah Asia Tenggara, dengan infrastruktur dan tenaga kerja mahir yang khusus untuk menjadi peneraju serantau dalam inovasi dan ekonomi digital dipacu teknologi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan