Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dalam proses melaksanakan pendigitalan bekalan air. Foto hiasan: Envato

Di kawasan akses terhad, kos ambil bacaan meter mungkin lebih tinggi berbanding bil air

BySaibi Gi

KUCHING, 6 Okt: Kos untuk mengambil bacaan meter air di kawasan mempunyai akses terhad, mungkin lebih tinggi berbanding bil pengguna.

Timbul juga isu air tanpa hasil (NRW) tinggi jumlahnya terutama di kawasan luar bandar susulan kaedah pengesanan yang lemah.

Malah, beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau air yang sangat keruh.

Semua cabaran ini memang disedari pihaknya, jelas Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

“Disebabkan oleh cabaran ini, teknologi pintar wajar dimanfaatkan bagi menguruskan kebanyakan masalah ini.

“Di bawah kementerian saya, empat pihak berkuasa bekalan air bekerjasama menangani cabaran tersebut melalui pendigitalan bekalan air,” katanya.

Beliau menyampaikan ucapan bertajuk ‘Transformasi Utiliti dan Telekomunikasi: Ke Arah Inovasi dan Ketersambungan’ pada hari kedua Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT | IDECS) 2023 di sini, semalam.

Beliau berkata lagi, pendigitalan sistem bekalan air juga merupakan sebahagian dari Pelan Induk Bekalan Air Sarawak dan Strategi Grid Air.

Pendigitalan bekalan air boleh dikategorikan kepada pengeluaran, pengedaran, peruncitan dan perkhidmatan pelanggan serta pusat kawalan.

Beliau menjelaskan, pendigitalan penghasilan air terawat menggabungkan pemantauan pengambilan sumber air, proses di loji rawatan dan pengawasan kualiti air.

“Ini dicapai melalui aplikasi teknologi seperti Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA) dan telemetri yang berupaya pemantauan dan kawalan jarak jauh penghasilan dengan mengumpul data dari loji dan sumber air,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan