KUCHING, 5 Okt: Sarawak mengalukan-alukan pemain industri, pakar dan saintis untuk menjalankan kajian biodiversiti di sini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana dapatan kajian itu akan dapat membantu memulihara hutan hujan terkaya dunia di Sarawak.
Sarawak salur dana besar tingkatkan kepakaran biodiversiti – Abang Johari
Kata Abang Johari, antara kajian yang boleh dilakukan termasuk penyelidikan biologi terhadap biodiversiti Sarawak yang kaya dengan flora dan fauna.
“Dengan dapatan kajian mereka, kita boleh memulihara hutan hujan terkaya dunia di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala sempena Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) Ke-27 dan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2023 di sini hari ini.
Sarawak salur dana besar tingkatkan kepakaran biodiversiti – Abang Johari
Dalam pada itu, Abang Johari turut menyuarakan harapan beliau agar teknologi mengurangkan karbon dapat dicipta, selain turut mengalukan idea penghasilan karbon dengan kos rendah.
“Memandangkan kita sedang menghadapi krisis dunia iaitu perubahan iklim, saya berharap kita dapat mencari teknologi yang boleh menyejukkan dunia serta mengurangkan karbon.
“Kita juga mengalu-alukan idea untuk menghasilkan hidrogen dengan kos yang lebih rendah,” ujarnya lagi. -TVS