Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Perak merekodkan sebanyak 2,179 kes jenayah komersial membabitkan kerugian mangsa lebih RM77.7 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun ini. Foto hiasan, Envato.

Mangsa jenayah komersial di Perak rugi RM77.7 juta

IPOH, 4 Okt: Polis Perak merekodkan sebanyak 2,179 kes jenayah komersial membabitkan kerugian mangsa lebih RM77.7 juta dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia menunjukkan kes yang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dalam tempoh sembilan bulan tahun ini telah meningkat sepanjang 2022.

Katanya, pada tahun lalu sebanyak 2,053 kes dicatatkan dengan nilai kerugian hampir RM101 juta.

“Antara kes tertinggi tahun ini adalah melibatkan jual beli dalam talian, phone scam, pelaburan, tawaran kerja dan pinjaman tidak wujud.

“Kita turut berjaya mengesan dan membuat tangkapan terhadap 1,096 orang yang terlibat dalam pelbagai modus operandi kesalahan jenayah komersial dengan kebanyakan merupakan pemilik akaun keldai,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah Mohd Yusri, pihaknya turut melakukan 764 pertuduhan atas tangkapan yang dibuat dalam tempoh tersebut.

“Kebanyakan mangsa penipuan terdiri daripada golongan profesional, warga emas, pesara kerajaan dan swasta, golongan yang (tinggal) bersendirian serta wanita.

“Justeru, orang ramai perlu mendapatkan maklumat mengenai taktik terkini yang digunakan scammer di platform media sosial bagi mengelak ditipu.

“Orang ramai juga perlu berhati-hati apabila menerima panggilan daripada pihak yang meminta membuat pembayaran, transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), memberikan nombor TAC dan lain-lain maklumat peribadi,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan