Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC mara ke separuh akhir Piala Cabaran MFL 2023 dengan agregat 4-0 ke atas Kedah Darul Aman FC. Foto Kuching City FC.

Kuching City FC singkir Kedah pada Piala Cabaran MFL 2023

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kuching City FC melakar kemenangan sensasi apabila menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Piala Cabaran MFL 2023 malam ini.

Lebih manis, skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak itu mara ke separuh akhir dengan bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pada aksi pusingan pertama, The Cat mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan Abu Kamara.

Kamara malam ini kembali mempamerkan penyudah berbisanya apabila membuka tirai jaringan pada minit kesembilan.

Apa kau lakukan wahai Kamara – Irfan Bakti

Keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Bersambung babak kedua, KDA FC yang diramal akan bangkit seolah – olah hilang punca apabila gagal menahan serangan bertali arus skuad pelawat.

Pedro Henrique menambah derita tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-73 dan 89. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan