Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kaum Penan Telang Usan Terima Vaksin

ByEekbal Yusuf

LONG BEDIAN: Kaum Penan di Telang Usan yang sebelum ini dikatakan sukar menerima vaksin semakin terbuka setelah virus COVID-19 yang menular ke dalam komuniti mereka menyebabkan kematian seorang wanita baru-baru ini. 

161 wakil daripada komuniti mereka merupakan antara penerima vaksin jenis Sinovac yang datang menghadiri temujanji Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bertempat di Dewan Serbaguna Long Bedian.  

Sebelum ini, masyarakat di Telang Usan telah dibayangi oleh stigma mengatakan vaksin itu memudaratkan.

PICK bertujuan memberikan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat khususnya di kawasan pedalaman bagi melindungi diri serta mengurangkan risiko jangkitan yang kian membimbangkan dalam kalangan penduduk pedalaman sejak kebelakangan ini terutamanya di kawasan penempatan kaum Penan.

Individu yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin perlu memaklumkan kepada Ketua Kampung masing-masing untuk tindakan seterusnya. 

Kehadiran penduduk kampung yang datang ke PPV Long Bedian bermula dengan giliran perkampungan Penan dari Long Daloh, Long Lilim, Long Kawi, Ba’Kabeng dan Ba’Pakan serta tidak ketinggalan pekerja kem yang berdekatan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan