Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi ketika ditemui pemberita setelah Majlis Menyambut Kedatangan bersempena WCIT | IDECS di BCCK. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak perlu bergerak seiring dengan inovasi, teknologi – Julaihi

ByMarzella Sigai

KUCHING, 4 Okt: Sarawak perlu bergerak seiring dengan inovasi dan teknologi yang dinamik bagi mencapai hasratnya menjadi kuasa besar ekonomi digital serantau.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, selain itu Sarawak perlu mewujudkan kerjasama strategik untuk saling berkongsi inovasi yang dimiliki.

Mengambil contoh penganjuran Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT | IDECS) yang sedang berlangsung, Julaihi berkata, ia merupakan langkah tepat ke arah merealisasikan hasrat berkenaan.

“Sarawak komited untuk memacu pembangunan ekonomi melalui perkongsian inovasi dan teknologi.

“Kita boleh berkongsi rezeki inovasi, teknologi dan memperkenalkan para pempamer yang terlibat dalam pameran, berkenalan dengan inovator tempatan, secara langsung akan dapat memberi kesan kepada usaha kita untuk membangunkan ekonomi yang bersandarkan kepada teknologi dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Menyambut Ketibaan bersempena WCIT | IDECS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Sementara itu, Julaihi berkata, seperti rantau lain, Sarawak turut tidak terkecuali kerana perlu mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia.

“Oleh itu, ini cara untuk kita sentiasa bergerak seiringan, orang berlari laju, kita juga mesti berbuat demikian,” katanya.

Tambah beliau, WCIT | IDECS bukan sekadar persidangan kerana ia merupakan platform untuk menyatukan para usahawan dan inovator dari seluruh dunia menerusi perkongsian pengetahuan dan kerjasama yang terjalin.

Beliau turut optimis Sarawak boleh memimpin dan menetapkan piawaian baharu untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan