Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan meletakkan nama Sarawak, terutamanya Miri sekali lagi di peta dunia selepas Taman Negara Mulu. Foto hiasan Envato

Malaysia calonkan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

MIRI, 4 Okt: Taman Negara Niah telah dicalonkan oleh Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pencalonan itu menjadikan lokasi pelancongan terkenal itu bakal menjadi Tapak Warisan Dunia kedua di Sarawak dan kelima di Malaysia.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, penilaian terhadap Taman Negara Niah akan dibawa ke mesyuarat pada November ini di Paris dan diakhiri pada Julai 2024 di India.

“Penilaian yang akan dilakukan penting bagi Malaysia dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penilaian Majlis Antarabangsa Mengenai Monumen dan Tapak (ICOMOS) ke atas Taman Negara Niah untuk dimaktubkan sebagai Tapak Warisan Dunia hari ini.

Datuk Len Talif hadir pada sesi Penilaian ICOMOS ke atas Taman Negara Niah hari ini. Foto TVS.

Sementara itu, Len Talif berkata, naratif mengenai Taman Negara Niah perlu tepat dan sahih atau ia akan menjejaskan peluangnya untuk disenaraikan.

“Sungai dilihat memainkan peranan penting dalam naratif tadbir urus Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Mereka (mahu) tindakan diambil untuk menyeimbangkan isu hidupan liar dan komuniti sekitarnya,” katanya.

Sebelum ini, ICOMOS telah menjalankan lawatan dan penilaian lima hari di Taman Negara Niah untuk mengetengahkan kepentingan dan nilainya sebagai tapak unik dan luar biasa yang mengandungi bukti sejarah, budaya dan tamadun manusia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan