Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Zon 6 Bomba Miri, Ismaidi Ismail, semasa melakukan demo peralatan dengan pihak JBPM Lopeng. Foto: TVS

JBPM Zon Miri mahu kukuhkan kerjasama dengan Brunei, Indonesia tangani kebakaran di sempadan

MIRI, 4 Okt: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri akan melakukan libat urus dengan pasukan bomba di Brunei dan Indonesia bagi menangani kebakaran di sempadan.

Ketua Zon 6 Bomba Miri, Ismaidi Ismail berkata, setakat ini pihaknya menerima respon yang baik dari Jabatan Bomba Brunei selepas melakukan kunjungan awal tahun ini.

“Kerjasama berkenaan penting berikutan faktor geografi Miri yang dikelilingi oleh Brunei dan Kalimantan, Indonesia,” katanya kepada pemberita di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng hari ini.

Langkah seterusnya kata Ismaidi pihaknya telah meminta ibu pejabat di Kuching untuk mengatur perjumpaan dengan bomba di Kalimantan ke arah perbincangan kerjasama pada masa akan datang.

“Setakat ini kita tidak ada kerjasama yang jelas dengan Indonesia namun di Miri dan Brunei, sudah ada hubungan jadi kita boleh komunikasi dengan mereka,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, walaupun keadaan cuaca di Miri sering hujan kebelakangan ini, penduduk dinasihatkan tidak mengambil mudah dan perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

“Ini terutamanya apabila hendak melakukan pembersihan kawasan kebun dan ladang, apabila pembakaran tidak terkawal, mereka perlu segera menghubungi bomba sebelum ia merebak,” katanya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan