Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM5.2 juta yang dirampas polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto: TVS

Lelaki leka angkut dadah bernilai RM5.2 juta ditahan

GEORGE TOWN, 4 Okt: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki bersama syabu bernilai hampir RM5.2 juta di Bandar Cassia, Batu Kawan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan ketika sedang leka memindahkan enam karung guni berisi 157 kilogram (kg) dadah dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV ke dalam kereta jenis Perodua Bezza kira-kira 12.50 tengah hari.

Polis Sarawak catat rampasan dadah RM127.6 juta pada Januari hingga Jun

Katanya, pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan berjaya menemui 150 bungkusan berwarna keemasan tertera tulisan teh Cina mengandungi dadah tersebut.

“Setiap guni itu mengandungi 30 bungkusan dadah disyaki syabu yang dipindahkan oleh suspek dipercayai bertindak sebagai transporter ke dalam but Perodua Bezza.

“Hanya ada seorang suspek di situ kerana Honda HRV berkenaan telah ditinggalkan lebih awal bersama kunci yang disorokkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambah Kok Chin, dadah berkenaan yang boleh digunakan oleh kira-kira 926,000 orang penagih itu dipercayai dibawa dari Thailand menerusi jalan darat.

“Sindiket dipercayai akan memasarkan dadah itu di utara Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan usaha mengesan suspek-suspek lain sedang dijalankan,” katanya lagi.

Ujar beliau, suspek yang bekerja sebagai pendawai elektrik dan memiliki satu rekod jenayah lampau direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan