Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan WCIT | IDECS2023 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Unit Keselamatan Siber ditubuhkan, sedia ruang siber yang selamat

ByFebbright James

KUCHING, 4 Okt: Sarawak akan menubuhkan Unit Keselamatan Siber bagi menyediakan ruang siber yang selamat, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan siber dan bimbingan kepada sektor kerajaan dan swasta serta orang awam.

“Keselamatan siber bukan lagi pilihan dalam pembangunan teknologi, tetapi kini menjadi keperluan untuk masyarakat.

“Kita bukan sahaja perlu melindungi data, tetapi juga infrastruktur yang kritikal, sistem pengangkutan, utiliti kesihatan, pembuatan, peruncitan dan kewangan yang merangkumi setiap aspek dalam kehidupan seharian masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (WCIT | IDECS) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, meskipun sukar hendak menghentikannya (jenayah siber) secara menyeluruh, tetapi kerajaan perlu menanganinya melalui pendidikan pengguna dan industri.

Jenayah siber di Malaysia menyebabkan kerugian RM600 juta pada 2022 dan kebanyakan kes melibatkan kes penipuan.

Dalam perkembangan lain, beliau yakin Sarawak berupaya membangun sebagai kuasa ekonomi digital menerusi kerjasama strategik antara kerajaan, swasta dan masyarakat.

Kerajaan Sarawak telah melabur RM1.5 juta bagi program tambahan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) termasuk bilik darjah bergerak iaitu ‘Science on Wheels’, pemberian geran ‘Digital Research and Technological Track’ kepada penyelidik di universiti dan ‘Digital Economy Testbeds’ untuk diterokai ahli akademik.

“Dianggarkan RM13.9 juta akan dibelanjakan pada 2023 untuk hab inovasi dan program ‘Digital Village Accelerator’ bagi pembangunan teknologi inovatif yang sesuai dengan permintaan pasaran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan