KUCHING, 4 Okt: Sri Aman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada 10 pagi ini.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan tersebut merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 121.
Bacaan IPU kedua tertinggi pula direkodkan di Serian iaitu 99, namun masih pada tahap sederhana menghampiri bacaan tidak sihat, diikuti Samarahan dengan IPU 86 dan Kuching 84.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas di bawah kategori berbahaya. -TVS