Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong meraih gangsa individu Sukan Asia hari ini. Foto fail Bernama.

Tangisan iringi kejayaan Pandelela raih gangsa individu Sukan Asia

ByNina Azman

KUCHING, 3 Okt: Tangisan mengiringi kejayaan ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong selepas meraih pingat gangsa Sukan Asia ke-19 petang tadi.

Pandelela ketika ditemu bual media tidak dapat menahan air mata apabila mengenang segala pengorbanan yang dilakukan untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar di pentas antarabangsa.

Kata Pandelela, salah satunya ialah menahan kesakitan pada setiap sesi latihan.

“Saya terpaksa melawan rasa tidak sihat pagi tadi untuk beraksi di final petang ini,” katanya di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Tambah Pandelela, dia juga mengambil ubat dan mendapatkan rawatan refleksologi daripada pegawai Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan dapat beraksi pada final.

“Saya perlu menyelam dengan rasa sakit untuk pertandingan ini,” tambahnya.

Pandelela-Nur Dhabitah raih gangsa 10m platform seirama wanita

Dalam acara 10 meter platform individu wanita hari ini, Pandelela bertahan sehingga terjunan terakhir untuk memastikan pingat dalam gengamannya.

Atlet kelahiran Bau, Sarawak itu melengkapkan terjunan dengan  memungut 280.50 mata sekali gus memastikan pencabar terdekatnya dari Jepun, Arai Matsuri gagal memintas.

Arai menamatkan cabaran dengan 279.30 mata.

Sementara itu, dua atlet tuan rumah ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila jauh meninggalkan pencabar lain.

Quan Hongchan muncul juara apabila melakukan ‘terjunan sempurna’ dengan meraih 438.20 mata meninggalkan Chen Yuxi untuk pingat perak dengan catatan 435.65.

Pada 30 September lepas, gandingan Pandelela bersama Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan