Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia bakal mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan dari Jakarta ke Kuching. Foto AirAsia.

AirAsia peroleh pinjaman berjangka lima tahun berjumlah US$150 juta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Okt:  AirAsia Bhd memperoleh pinjaman berjangka lima tahun berjumlah US$150 juta (RM705 juta) daripada sebuah institusi kewangan.

Capital A Bhd, syarikat induk AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, syarikat penerbangan itu akan menggunakan pinjaman tersebut bagi keperluan modal kerja dan membiayai kos penyenggaraan pesawat dan enjin.

AirAsia menang anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kali ke-14 di Skytrax

AirAsia menang anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kali ke-14 di Skytrax

“Pinjaman berjangka itu dijamin oleh, antara lain, jaminan korporat daripada Capital A, yang akan kekal sepanjang tempoh pinjaman,” katanya.

Capital A berkata, Bank Negara Malaysia pada 19 Sept, 2023, meluluskan permohonan AirAsia untuk memohon pinjaman berjangka di bawah Dasar Pertukaran Asingnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan