KUCHING, 3 Okt: Seramai 1,712 pendayung dari 20 negara mengesahkan penyertaan pada Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak (SIDBR) 2023, kata Dato Sri Abdul Rahim Rahman Hamzah.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, SIDBR akan berlangsung selama dua hari bermula 27 Oktober dengan menampilkan 60 pasukan.
Kocakan sungai sempena Sarawak Regatta bawa limpahan rezeki
Selain itu katanya, satu lagi acara sempena Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival ialah Lumba Perahu Sarawak Regata pada 3 hingga November depan.
“Sambutan hebat menunjukkan acara ini terus mendapat perhatian pelumba perahu tempatan dan juga antarabangsa,” katanya pada sidang media acara itu di sini hari ini.
Sementara itu Abdul Karim memberitahu, perlumbaan berkenaan juga akan disertai oleh atlet paradragon pasukan Dragon Warrior, Singapura dan Black Dragon Putrajaya, Malaysia.
“Pada tahun ini, Qatar, Sepanyol dan Malaysia turut serta menghantar pendayung yang merupakan bekas pesakit kanser untuk menyertai perlumbaan bot naga.
“Ini satu kebanggan kepada kita untuk menerima dan memberikan peluang kepada mereka turut serta dalam Sarawak Regatta ini,” katanya.
Abdul Karim berkata, SIDBR menawarkan hadiah keseluruhan RM100,000 manakala bagi Lumba Perahu Sarawak Regata pula menawakan hadiah RM252,000.
Festival selama 10 hari itu turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan antaranya Sarawak Kitchen, Festival Gendang Melayu Sarawak, Festival Tekstil Borneo dan Pentas kebudayaan Sarawak.-TVS