STOCKHOLM, 2 Okt: Dua saintis, Katalin Kariko dan Drew Weissman, memenangi Hadiah Nobel 2023 dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuan mereka mengenai pengubahsuaian asas nukleosida, umum jawatankuasa Nobel pada Isnin, lapor Xinhua.
Menerusi penemuan baharu mereka yang secara asasnya telah mengubah pemahaman tentang bagaimana mRNA berinteraksi dengan sistem imun manusia, penerima hadiah itu menyumbang kepada kadar pembangunan vaksin yang luar biasa semasa salah satu ancaman terbesar terhadap kesihatan manusia pada zaman moden, menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Setiausaha Jawatankuasa Nobel untuk Fisiologi atau Perubatan, Thomas Perlmann mengumumkan pemenang hadiah itu di Institut Karolinska. -TVS