Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Karnival Segalanya Felda Wilayah Mempaga di Felda Chemomoi hari ini. Foto: Bernama

Subsidi RM400 juta untuk premis kerajaan guna beras import – PM Anwar

ByBernama

BENTONG, 2 Okt: Kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi berjumlah hampir RM400 juta bagi premis kerajaan seperti kem tentera, polis dan asrama sekolah menggunakan beras import sebagai langkah meningkatkan beras putih tempatan dalam pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dapat meningkatkan bekalan beras tempatan kira-kira lima peratus, jumlah yang digunakan oleh premis kerajaan berkenaan.

Bekalan beras tempatan kembali stabil dalam sebulan ini – Mohamad Sabu

“Beras tempatan tak cukup disebabkan harga beras import naik, ada hotel pun sudah pakai beras tempatan. Lima peratus penggunaan ini (oleh premis kerajaan), kita beri subsidi beli beras import supaya lima peratus boleh dipulangkan, berada lebih di pasaran.

“Keputusan ini hari ini (premis kerajaan) beli hanya beras import…berapa subsidi? Hampir RM400 juta, kerana ia bukan percuma,” katanya semasa berucap pada Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan