Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keluarga Tahir Untong viral baru- baru ini ketika menghantar anaknya mendaftar di sebuah universiti di Pahang.

Video bukti kasih sayang ibu bapa untuk pendidikan anak – anak

LAWAS, 2 Okt: Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Merapok, Tahir Untong mengakui beliau merupakan individu dalam video yang sedang mengangkat bagasinya anaknya dalam cuaca panas ketika mendaftar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada Sabtu lepas.

Berkongsi kisah sebenar, Tahir berkata, video itu harus dilihat daripada aspek positif iaitu betapa seorang bapa dan ibu sanggup melakukan apa sahaja demi pendidikan anak mereka.

“Saya berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada remaja lain untuk menghargai kasih sayang ibu bapa mereka dan seterusnya belajar hingga berjaya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, video sepasang suami isteri dari Sarawak membawa bagasi dalam keadaan cuaca panas ketika menghantar anak mereka mendaftar di UMPSA Gambang, Pahang tular di Tiktok.

Video yang dimuat naik oleh akaun rasmi Tiktok UMPSA sehingga kini meraih tontonan lebih sejuta serta mendapat lebih 67 ribu tanda suka.

Ibu bapa dari Sarawak dipuji warganet, naik bas hantar anak ke universiti di Pahang

Berkongsi kisah menghantar anak perempuannya, Nurbatrisyia Husna mendaftar masuk UMPSA bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum), Tahir berkata, mereka sekeluarga memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah.

“Memandangkan tidak pernah ke Pahang, saya dan keluarga mengambil penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sebaik tiba di Kuala Lumpur, kami bermalam di hotel dan keesokkan harinya ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) Kuala Lumpur untuk ke Pahang,” katanya.

Tahir berkata, mereka sekeluarga sengaja memilih untuk menaiki bas kerana berpeluang untuk mengenali daerah-daerah di Pahang sepanjang perjalanan.

“Pada masa yang sama, saya ingin mendedahkan kepada anak bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan awam apabila pulang ke Sarawak ketika cuti semester nanti,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang terdekat selepas video itu tular, Tahir berkata, dia menerima banyak panggilan telefon yang bertanya kejadian sebenar.

“Ramai rakan guru di Pahang dan Kuala Lumpur menelefon untuk menghulurkan bantuan.

“Namun, saya menolak secara baik kerana ingin merasai mengembara bersama keluarga,” katanya.

Pada masa sama, beliau berterima kasih di atas keprihatinan UMPSA yang menyediakan kenderaan untuk membawa anaknya ke lokasi pendaftaran dan asrama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan