Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan. Foto: BBP Lawas

Pemandu maut dalam kemalangan pikap rempuh pikap

LAWAS, 2 Okt: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pikap di Jalan Gaya di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.50 petang itu, mangsa yang maut Nasrul Hadi Yusop, 37, berasal dari Kampung Banting di sini tersepit dalam kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat saksi, kenderaan yang dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah lagi pikap sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

“Mangsa tersepit di bahagian pemandu kenderaan dan anggota mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang bejaya dikeluarkan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan mangsa disahkan meninggal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu pikap lain tidak mengalami kecederaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan