Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Professor Ir Dr Al-Khalid Othman (tengah) merakam gambar kenangan selepas lawatan ke bilik penginapan pelajar OKU. Foto: TVS

27 pelajar OKU antara 4,235 pelajar baharu di UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 1 Okt: Seramai 27 Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) pelbagai kecacatan merupakan antara 4, 235 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mendaftar bagi sesi 2023/2024 sehingga petang semalam.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS, Profesor Ir Dr Al-Khalid Othman berkata, UNIMAS sentiasa berbesar hati menerima pelajar pelbagai latar belakang menjadi warga universiti berkenaan.

Katanya lagi, beberapa kolej di UNIMAS juga telah dinaik taraf bagi memastikan keselesaan pelajar istimewa untuk mengikuti pembelajaran.

“Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah memperuntukkan dana yang agak besar kepada UNIMAS bagi menyediakan fasiliti OKU melanjutkan pengajian.

“UNIMAS juga telah menyediakan satu platform khas supaya mereka boleh belajar dan juga turut sama dalam syarahan dan sebagainya” katanya.

Professor Ir Dr Al-Khalid Othman berkata demikian selepas melawat kolej kediaman 2 pelajar OKU pada Sabtu.

Salah seorang pelajar OKU yang ditemui TVS, Emmanuel Isak, 20, yang buta mata kanannya akibat penyakit Glaucoma berkata, dia gembira dengan kemudahan yang disediakan di kolej kediamannya.

Pelajar dari Selangor itu berkata, apabila masuk ke bilik penginapan kali pertama, dia berasa selesa.

“Kemudahan yang sangat baik kerana dekat sahaja tandas, kafetaria bahkan dobi untuk mencuci kain,” katanya.

Rakan sebiliknya yang juga OKU berkerusi roda, Yeoh Chun Siang, 20, turut berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh UNIMAS.

“(Kawasan bilik) lebih senang untuk melakukan kerja, saya (mudah bergerak) dan tandas juga luas,” katanya.

Untuk rekod, seramai 4, 800 pelajar menerima tawaran untuk memasuki pelbagai program peringkat prasiswazah yang ditawarkan universiti tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 1, 006 pelajar dari Semenanjung Malaysia, 521 (Sabah) 24 (Wilayah Persekutuan Labuan) dan tujuh pelajar antarabangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan