Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika hadir pada Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023 di sini, hari ini. Foto: UKAS

Penanaman padi di Sri Aman guna teknologi baharu, keluarkan hasil tiga kali setahun – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

SRI AMAN, 1 Okt: Kerajaan Sarawak akan membangunkan kawasan penanaman padi di Sri Aman yang mampu mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali setahun, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penanaman padi di Sri Aman guna teknologi baharu.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, penanaman akan menggunakan teknologi baharu serta benih yang diimport dari Vietnam.

“Apabila pembangunan Sri Aman ini sudah lengkap, ia akan menjadi kawasan pertanian moden.

“Kita telah kenal pasti kawasan yang boleh mengeluarkan padi.

“Kita sudah cuba di kawasan seluas lima ekar di Gedong menggunakan benih padi dari Vietnam dan ia sudah mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, langkah itu bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan pesawah padi di Sri Aman, malah ia juga turut akan memastikan keterjaminan bekalan beras di Sarawak.

“Kalau berjaya pendapatan petani akan bertambah tiga kali ganda. Selain itu, tidaklah ada isu beras tidak cukup seperti sekarang ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, sudah tiba masanya dasar pengeluaran beras menggunakan teknologi baharu diperkenalkan sebagai langkah mengelakkan berlakunya masalah kekurangan beras dalam negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan