Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan selepas didapati bersalah memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen yang dipercayai untuk diseludup keluar negara. Foto Maritim Malaysia.

Empat warga Indonesia dipenjara 20 bulan cuba seludup barang kawalan berjadual

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Okt: Empat warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan selepas didapati bersalah memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen yang dipercayai untuk diseludup keluar negara.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kesemua mereka dijatuhkan hukuman pada Jumaat lepas.

Katanya, mereka ditahan ketika membawa 10 unit tong gas (LPG) dan memiliki 1,644 kilogram (kg) gula pasir.

“Mereka dijatuhkan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkapan pada 14 September lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya tertuduh Deki Saputra, 44, Masfaruddin, 55, Aldi, 49 dan Ferdiansyah, 31 mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Tertuduh dikenakan hukuman 12 bulan penjara dan Seksyen 20(1)(a) Ordinan Pengagihan Gas 2016 dengan dikenakan hukuman 20 bulan penjara atas perintah Hakim Saiful Bahari Adzmi yang memerintahkan kedua hukuman dijalankan serentak,” katanya.

Tambahnya, pendakwaan dikendalikan oleh Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

“Ini merupakan kes pertama yang dituduh di mahkamah di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 sejak ia dikuatkuasakan pada 2021,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan