Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mendengar ceramah yang disampaikan pendakwah terkenal dari Nusantara, Ustaz Abdul Somad di Masjid Jamek Petra Jaya. Foto: TVS

Lebih 16 ribu meriahkan majlis ilmu Kembara Cinta Rasul

KUCHING, 1 Okt: Lebih 16,000 umat Islam hadir meraikan Kembara Cinta Rasul Petra Jaya bersama pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad di Masjid Jamek Petra Jaya malam tadi.

Orang ramai mula memenuhi masjid berkenaan sekitar 6 petang untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Ustaz Abdul Somad tiba sekitar 8.30 malam bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merupakan Penasihat Program Kembara Cinta Rasul.

Lebih 16,000 umat Islam pelbagai lapisan masyarakat hadir meraikan Kembara Cinta Rasul Petra Jaya bersama-sama pendakwah terkenal dari Nusantara, Ustaz Abdul Somad di Masjid Jamek Petra Jaya. Foto: TVS

Kehadiran penceramah terkenal itu turut disambut dengan laungan selawat serta zikir oleh para jemaah sebagai memuliakan acara keagamaan tersebut.

Ustaz Abdul Somad menyampaikan ceramah bertajuk ‘Piagam Madinah, Asas Perpaduan Ummah’.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni,Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman serta Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Kembara Cinta Rasul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Program tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 September hingga 2 Oktober menampilkan pelbagai pengisian menarik kepada masyarakat di sekitar Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan